Skip to main content

Posts

Rahsia Senyuman

Assalamualaikum buat rakan pembaca semua..Alangkah ruginya kalau kita terlepas  12 rahsia di sebalik senyuman.Tak percaya? Jom baca fakta ini: Dalam ajaran Islam,senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah.Sabda Rasulullah SAW."Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramal makruf yang kalian lakukakan untuk   saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."(HR Tirmizi dan Abu Dzar). Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabaitkan diafragma,abdomen,sistem pernafasan,muka,kaki dan otot belakang. Senyuman bukan sekadar reaksi terhadap sesuatu,malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. Apabila kita senyum,sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon protein melawan penyakit),sel T (yang penting untu...

Hibanya hatiku..

Hibanya hatiku meninggalkan anak kecil berumur 6 tahun di hostel bersama Fatin.Lagi hiba,kakak oklah mama,Cikgu Fatin ada.Lega Fatin ade,next week cikgu lain yang temankan aina.Semalam adalah hari pertama aina menjalankan latihan netball bersama rakan pasukan 'Selangor' yang lain. Jadual latihan aina padat.Setiap minggu aina akan berlatih di Klang dan ditemani guru pengiringnya.Al-Hamdulillah aina cepat mesra dengan rakannya dan agar aina dapat belajar membina dan meningkatkan keyakinan dirinya. Sesi beramah mesra dengan Cik Aisyah (Pemain Bola Jaring Selangor) Berbual-bual manja dengan Fatin Jadual latihan sepanjang Oktober  Semoga Team Bola Jaring Selangor menjuarai pertandingan buat kali ke 3 di Hari Potensi Tabika Kemas Kebangsaan 2013 di Uitm Merbok Kedah pada 8-9 Nov ini. Salam Sayang ~Azlea~

AINA DAN BOLA JARING (PART 2)

27 Sept 2013 (Jumaat) Tengah sebok menyiapkan kerja-kerja ofis,telefon berbunyi.  Aku : Assalamualaikum, Cikgu Ana. Cikgu Ana : Waalaikumussalam, esok bawa Aina ke Shah Alam tau untuk selection ke peringkat kebangsaan pula. Aku : Aina terpilih ye cikgu. Cikgu Ana: Haah ye.mesti ade kat sekolah Men Berprestasi Tinggi Shah Alam sebelum kul 8.30am tau.esok saya ade kat sane. Aku: InsyaAllah cikgu. Malam tu tanyalah pada Aina:  Aku : Esok kakak kena main bola jaring tau.Kakak nak tak?Tapi Eli,Iqa,Auni tak main tau..kakak main dengan kawan baru tau. Aina: Nak,kakak suka main bola jaringlah mama. 28 Sept 2013 (Sabtu) Seperti yang dijanjikan kitaorang sampai kul 8.00am. Oh ye futsal pun ade buat pemilihan di sana.Seramai 25 orang kanak yang terpilih daripada 25,000 orang.Bangganya dan Aina satu-satunya peserta dari Daerah Hulu Selangor. Yang lain daripada Sepang,Petaling,Klang.Aina kena main 4 game.10 orang saje yang akan terpilih. Alhamdulillah Aina terpilih mew...

Murah rezeki

Assalamualaikum semua.  Selamat beramal dan semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. ♥ Salam sayang  ♥ ~Azlealee~

~Duhai Wanita~

''Kecantikanmu bukanlah dari pakaian yang dikenakan, susuk yang ditampilkan atau bagaimana kamu menyisir rambutmu. Kecantikanmu harus dilihat dari matamu,kerana itulah pintu hatimu, tempat di mana cinta itu ada.'' Firman Allah SWT khusus buat Wanita ♥ Salam sayang  ♥ ~Azlealee~

Pantasnya Masa Berlalu

Assalamualaikum semua.Rasanya seminggu tak update blogku ini .Maklumlah busy sangat dengan kerja-kerja hakiki,business part time dan macam-macam lagi.  Tapi hari ini nak jugak ceritalah, semalam sebab dah lama sangat tak balik dengan komuter perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Keluar office 5.30 pm. sampai rumah jam 8.45 pm.Penat tau.Rasanya drive tak adalah sampai 3 jam. Tak percayakan.Selalunya Azlea balik ngan en. abang, tapi en.abang tak dapat hantar balik sebab kena sambung kerja. Sebelum naik tren sempat jugak singgah Shaklee di Empire Subang  belikan Vitamin untuk customer.Hehehe.. Sampai di KL Sentral, Ya Allah ramainya manusia.Kenapa ni?Lah baru teringat cuti 3 hari sempena Hari Malaysia. Dah lah terlepas tren nak ke Rawang.Tunggu lagi.Nasib baik tak tunggu lama. Dapatlah naik tren nak ke Tanjung Malim.Alhamdulillah, tak bersesak sangat. Tapi adalah 2 orang jejaka tampan ni, nak masuk 'Koc Wanita', Hello tak nampak ke "Ladies Only...

Kenapa Bertangguh?

Assalamualaikum..  Adakah kita ni jenis orang yang suka bertangguh?  Eee  malaslah, esoklah buat kerja ni; Lambat lagi ni..sempat lagi, belum masuk solat lagi; Esoklah telefon emak dan ayah; Tunggu kaya dululah, bolehlah bersedekah; Senang-senang nantilah datang melawat; Nak dietlah eee..tunggulah; Nak jogging pun bertangguh; dan bermacam-macam lagi penangguhan. Pernah tak apabila sampai je di office kita tergesa-gesa untuk menelefon  emak dan ayah kita bertanya khabar dan menyatakan rindunya kepada mereka? Mesti Pernahkan..So sweet... Gambar google Sifat suka bertangguh atau tabiat menunda sesuatu kerja,memang ada dalam diri kita.Apabila kita bertangguh sesuatu kerja, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibatnya kesihatan juga terganggu.Pastinya kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan,kerjaya,akademik,kesihatan,kewangan,ibadah dan sebagainya. Cara mengatasinya : Buat senarai tugas 'TO DO...