Skip to main content

Setkan minda positif

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..

Hari ini Setkan minda kita dengan perkara yang positif,bercakap yang positif,fikir positif,melihat positif.Jauhkan diri daripada melihat perkara yang negatif dan jangan biarkan diri kita dikuasai oleh sikap yang negatif tanpa disedari.

Bila kita setkan minda dengan positif, insyaAllah walaupun perkara yang tidak baik berlaku hari ini, kita akan menghadapinya dengan sabar dan berlapang dada.


Elakkan diri daripada rasa tidak puas hati, mencemuh orang dan elakkan marah.Marah itu emosi negatif.Jangan asyik nampak kesalahan dan keburukan orang lain.Tapi kesalahan sendiri tidak diperbetulkan.

Kita yang setkan minda kita positif atau negatif.Jangan biarkan negatif bersarang di minda kita dengan cerita-cerita negatif dan tidak bermanfaat. Kita kena cepat-cepat tukar mode kepada positif.

Oleh itu pancarkan sel-sel positif di sekeliling kita, pasti  jiwa kita akan rasa tenang..


Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Mohon share kat fb eh. Hihi. Salam jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan ana..memang untuk perkongsian bersama..

      Delete
  2. always think +ve..thanks kak!hehe..salam jumaat..

    ReplyDelete
  3. be positif.. dalam islam pun mengajar kita bersangka baik.. :)

    ReplyDelete
  4. So true AB..Think Positive..The result will follow thru...

    2X Lactacyd untuk AB..

    ReplyDelete
  5. think positive, think positive, think positive >,<

    ReplyDelete
  6. be positive, bukan sahaja jiwa akan tenang, hati juga akan berseri-seri ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet