Skip to main content

Posts

BUNGA RAYA PINK

Melihat sahaja kelopak bunga raya berkembang mekar di halaman sendiri memberikan satu ketenangan dan terapi minda. Inilah first time AB dan suami menanam sendiri bunga raya pink.  Menunggu selama satu bulan batang bunga raya ini berakar dan dipindahkan ke pasu.Usaha yang sangat berbaloi. Selepas ini nak tanam bunga raya warna lain pula.

PERSIAPAN ANAK KE SEKOLAH 2016

Alhamdulillah..selesai segala persiapan barang keperluan sekolah untuk Aina dan Anis. Lega rasanya. Pakaian sekolah,beg, kasut sekolah,stokin dan buku latihan sekolah pagi pun sudah di beli. Kecuali yuran dan buku latihan sekolah petang sahaja belum lagi dibayar dan beli. Tunggu hari Ahad ini, pembayaran yuran dan buku latihan perlu dilakukan di sekolah petang. Awal bulan Disember, AB dah pun shopping beli barang keperluan mereka. Semangat sungguh.Fuhh.. Memang tak suka sangat shopping last minute dan tak suka bersesak nak pilih pakaian.  Nanti tak ada size lah, dah kena cari tempat lain. Better prepare awal-awal. Seronok sangat masa membeli baju budak berdua ni,  jurujual layan kita je.Hahaha.. Next year, Aina akan naik darjah 3 dan Anis pula darjah 1. Cepat betul masa berlalu..Eehhh..dah sekolah Anis ye.  Rasa seronok melihat telatah mereka berdua mengemas buku latihan dan menyiapkan barang keperluan yang lain. Aina dengan bangganya menunjukkan boto...

CAMPING YEAA..

Inilah aktiviti kami hujung minggu lepas..Kita berkhemah !!! Dalam rumah je. Tak dapat berkhemah di luar kawasan rumah, porch kereta pun jadilah.. Emmm.. bawa sekali bantal, selimut,buku dan segala barang mainan yang ada.. Bila jenguk dah tidur mereka berdua..Aina dan Anis memang dah pesan kalau diorang tertidur kejutkan mereka. Kata nak tidur dalam khemah..rupanya tak... Tidur atas tilam empuk lagi syok kan. Cara bermain dulu dan sekarang amat berbeza. Sementara mereka nak membesar,biarlah mereka berdua bermain di depan mata kita.  Janji selamat.

USAHA LAGI JANGAN PUTUS ASA

21.11.2015(sabtu)..Tahniah buat aina.Walaupun tidak tersenarai diantara 10 pelajar terbaik, aina tetap membanggakan mama dan papa dengan mendapat anugerah cemerlang dalam mata pelajaran.  Alhamdulillah.. Cuba lagi next year naik pentas lagi ye..Bagi mama ini adalah satu permulaan yang baik.Teruskan usaha aina.Don't give up sayang.Mama tahu keupayaan aina. Kata abah (tok dad) tak pe yang penting kita pandai.Hadiah atau anugerah sebagai motivasi agar kita lebih berusaha di masa hadapan.Jangan leka. Terima kasih abah.Terima kasih tok dad.Pesanan abah amat berharga.Kata abah lagi setiap anak ada kelebihan masing-masing.Tak bermakna kita tak dapat 1,2,3 hari ini kita tak berjaya pada masa hadapan.Buktinya anak-anak abah semuanya berjaya ke universiti dan ada yang menjadi cikgu dan engineer. Buat aina, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba dan dipelajari.Perjalanan mu masih panjang lagi.Banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuhi di masa hadapan.Berusahalah.Ex...

BELI CLEAR GLASS STICKER

Lama juga AB mencari glass sticker yang sesuai untuk tingkap dapur.Entah macam mana tercetus idea nak pasang separuh saja glass sticker. Tak nak pasang keseluruhan tingkap.Lagipun AB dah pasang bidai tingkap . Carilah di DIY.Tapi banyak yang jenis gam dan tak ada yang berkenaan dihati.  Pencarian diteruskan. Wow tak perasan selama ini banyak glass sticker ada di jual di Home Pro (Malaysia). Yess..Bermacam-macam corak dan warna.. Dah dapat pun. Pilih yang mudah tanggal iaitu CTS Sicker Meiwa yang berharga RM29.90 semeter. Mahal ke? Kalau ikut harga mahal lah kan..Tapi memang cantik dan puas hati. Nanti tak delah jiran belakang dan orang nak sekodeng kita dari luar. Oh tak baik kan..Bersangka baiklah kita dengan orang. Lagipun kedudukan rumah AB rendah dan rumah belakang berkedudukan tinggi..Jiran belakang rumah boleh nampak apa kita buat di dapur if tarik bidai ke atas. Tetapi kami juga boleh nampak dapur jiran rumah belakang if diorang tarik bidai ke atas . Sama-sa...

MAJLIS JAMUAN MASUK RUMAH BARU

Alhamdulillah pada 8.11.2015; 11.30a.m berlangsungnya majlis bacaan yassin sempena masuk rumah baru di kediaman kami. Syukur Ya Allah di mudahkan urusan kami dan lancarkan majlis ini. Terima kasih yang tak terhingga buat abah yang mengetuai majlis ini. Buat mak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Sayang mak dan abah. Terima kasih buat kakak (Along) yang menaja Sup Ketam,Rendang Ayam dan Tumis Lala pada hari tersebut. Begitu juga adik,kakak,abang ipar,adik ipar serta kenalan rapat yang menghadiri majlis ini.. Menu pada hari tersebut..Nasi Putih, Ayam Goreng Madu, Kari Ikan Ternggiri,Sambal Telur Puyoh, Sambal Tempoyak, Ulam-ulaman,sambal belacan,sup ketam,rendang ayam dam Tumis Lala.  Pemanis mulut tembikai dan Fruit Tart. Memang meriah menu..Cukup.. Seawal 6.00pagi selesai solat subuh AB sudah pun bertungkus lumus ke dapur memasak untuk tetamu-tetamu yang akan hadir. Alhamdulillah setakat 30-40 orang tetamu boleh lah lagi memasak tanpa bantuan as...

Layan kartun Oggy and the Cockroaches

Kartun ni lah budak berdua layan.. Pada hal banyak lagi rancangan kartun..tapi kartun si Oggy dan 3 ekor lipas yang susah nak mati ni yang seronok.. Pelik juga..kartun tanpa suara tapi sound je yang lebih..Kesian pula dengan  Si Oggy asyik kena buli dengan 3 ekor lipas yang jahat (lipas gemuk, lipas hijau dan lipas ungu). Geram pun ada.AB yang tak layan pada mulanya pun dah terjebak sama. Layan kan je lah..