Skip to main content

Posts

Kek hari lahir buat Aina

Sepatutnya majlis hari lahir aina yang ke 8 tahun diadakan pada 28.2.2015 dan jatuh pada hari sabtu, AB dan suami sepakat untuk menyambutnya bersama ahli keluarga lain pada hari Ahad 1.3.2015 selepas  Majlis Cukur Jambul Firdaus  selesai.  Rezeki yang ada kita kongsi bersama. Kek aina diimport terus dari Secret Recipe. Maka dapatlah sepupu aina yang lain merasai kek hari lahir aina.  8 tahunlah... Anis tunggu je kakak potong kek.. Lambat sangatlah kakak..kita potong sama-samalah kek ni.. Buat Aina sayanggg.. Mama sentiasa doakan kesejahteraan,kebahagiaan,kesihatan yang baik,kekayaan, sentiasa dimurahkan rezeki dan cemerlang di dunia dan akhirat.  Love u till Jannah.

Majlis cukur jambul buat Firdaus

1.3.2015 di rumah ibu bapa AB telah diadakan majlis cukur jambul buat Muhammad Firdaus.Sepupu baru aina dan anis yang berumur 2 bulan iaitu anak kepada kakak dan abang ipar AB.Alhamdulillah Allah mengurniakan mereka zuriat setelah hampir 7 tahun berkahwin. Majlis ini buat simple sahaja, panggil pun tak ramai hanya jiran terdekat dan saudara mara. Bukan main seronok lagi aina dan anis ,semua sepupu ada pada hari itu. Dalam majlis itu seorang pun tak ambil gambar menu untuk kenang-kenangan. Sedehnya..Tak tahulah macam mana boleh terlupa. Mungkin masing-masing dah busy buat preparation terakhir pada majlis tersebut. Semua menu makanan catering sendiri.Ye...No tempah-tempah.Boleh bajet sendiri. Jimat kan.Kiranya bergotong-royong. Menu-menu Nasi Minyak ( Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Kari Ayam (  Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Sayur tumis (Marzuki & en.suami) Sambal Ayam ( Einasz aka Ichu) Gulai Pisang & ikan kering( Along ak...

Kereta chenachenis

Bila Televisyen Tiada Di Rumah..Apa Nak Buat?

Assalamualaikum pembaca semua.. Hampir 2 bulan juga televisyen di rumah AB rosak dan masih belum dibaiki lagi. Bila ditanya di kedai baiki elektrik kos yang dikenakan cecah RM700.00.Itu baru tanya sahaja. Berbaloikah? Lebih baik beli Televisyen baru. Aktiviti Riadah Sejak Televisyen rosak, banyak aktiviti riadah kami lakukan bersama. Tiada lagi rungutan daripada aina dan anis di hujung minggu "Bosanlah tiada TV, tak dapatlah tengok rancangan kartun hari ini". Oleh itu setiap petang di hujung minggu kami akan bermain badminton ataupun pergi ke taman permainan untuk beriadah. Kalau tidak, hujung minggu banyak dihabiskan menonton TV terutama rancangan kartun. Tidur lagi awal Sebelum ini AB akan pastikan mereka berdua masuk tidur sebelum jam 10.00 mlm. Sekarang mereka berdua akan masuk tidur lebih awal, paling awal 9.00 mlm selepas menyiapkan semua kerja-kerja sekolah dan mengemas buku. Bila keadaan ini berlaku, AB dapati aina dan anis lebih mudah bangun dan ceria...

Tiada lagi Monday Blues

Assalamualaikum dan salam penuh senyuman di hari Isnin ceria.. Ada kawan pernah mengatakan bahawa "I'm easily confused on a Monday Morning". Bagi AB orang yang bekerja ofis  memang akan mengalami "Monday Blues" iaitu sindrom liat nak pergi kerja dan tiada mood di pagi hari isnin setelah berehat panjang di hujung minggu.Buat kerja-kerja ofis pun serba tak kena. Sebenarnya jangan dilayan sangat sindrom ini.Nanti jadi satu habit pula.Asal hari Isnin je Morning Blues.  Sebelum memulakan hari anda breakfast dulu ye.. Minumlah secawan kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Wanita Terbahagia-Bunga Cinta Lestari

Wanita Terbahagia - Bunga Cinta Lestari Jujur ku mengakui Pantas ku beri  Seribu pujian buat kamu Jauh di dalam hati  Selalu ku rasa Bersyukur aku mengenalmu Kerna cinta dari kamu Jadikan aku Wanita terbahagia di dunia Bersama kamu Ku jadi tahu Artinya waktu lebih berharga Dari harta di dunia  Bersama kamu Ku rasa jauh Lebih mengerti arti cinta  Tanpa harus mengucapkan cinta Kamu ku yakin tahu Ku yakin sama Tujuanmu dengan tujuanku

Selamat Hari Lahir Aina

Hari ini 27.2.2015 genap 8 tahun umur Aina.Selamat hari lahir sayangku Aina. Mama bangga dan bertuah memilikimu sayang.Cepat sangat masa berlalu.Anak mama semakin dewasa,bijak dan cantik di mata mama dan papa.  Memilikimu adalah satu anugerah bagi kami berdua. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Doa mama moga Aina menjadi anak yang solehah,cemerlang di dunia dan akhirat,diberkati, dirahmati,dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikuniakan kecergasan akal dan kesucian hati. Anak yang taat perintahNya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat. ~Mama love you sayang~