Skip to main content

Posts

Majlis Pertunangan adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku dah mula hilang mood berblog. Nak online pun malas.Ini boleh dikatakan kemalasan tahap (gaban) . Mungkin disebabkan banyak sangat peristiwa yang menimpa keluarga ku di bulan oktober ini dan kekangan masa dan kerja yang banyak akhir-akhir ini.  Kira tragedi oktober lah ni (ada ke patut) .Mak sakit sebelum hari raya Aidil Adha kemudian masuk wad seminggu sebelum majlis pertunangan adik bongsu ku pada 1 Muharam 1436H. Alhamdulillah majlis pertunanganya berjalan seperti yang dirancang.  Majlis pertunangan adik pun kami adik beradik yang siapkan.Tiada catering, semuanya buat sendiri. Sampaikan mak hiba melihat kami adik beradik memasak hidangan untuk tetamu yang akan datang.  Aku belanja uolls gambar sekitar majlis pertunangan:- budak paling rajin cuci pinggan..siapa lagi anis ku sayang.. kawan-kawan abah yang datang.Majlis belum bermula.. Terselit gambar aina.air yang pak ngah buat sedap katanya.. Aku, adik ...

Alhamdulillah mak semakin sihat

Assalamualaikum semua..Setelah beberapa hari menyepi, baru hari ini dapat menjenguk blog di pagi Jumaat yang indah.Alhamdulillah mak semakin beransur pulih dari sakitnya.  Rasa pilu yang amat sangat bila mak dimasukkan ke wad akibat menahan kesakitan gout yang amat sangat dan penyakit lain . Terima kasih pada suami yang tercinta memahami dan membenarkan aku menjaga mak sepanjang mak di wad. Semoga mak cepat sembuh seperti sedia kala. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah 1436H kepada seluruh umat Islam. Kita akan bertemu 1 Muharram pada 25 October 2014.Cepat benar masa berlalu. Pejam celik dah masuk tahun baru bermakna bertambahlah usia kita.  Semoga kita semua berazam untuk membuat perubahan kearah kehidupan yang lebih baik dan segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Bila Nak Tambah Anak Ni?

Lumrah hidup, manusia tidak pernah berhenti bertanya soalan yang sama.Tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mungkin terlampau prihatin. Sebelum berkahwin."Eeh..kau ni bila nak kahwin, tak kan nak hidup membujang.Kena mandi bunga ni." Alhamdulillah, bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak.  "Tak nak tambah lagi ke.Mana cukup. Sikit je anak ko.Nanti rugi dan menyesal bila dah tua." Sesuka hati dan sesedap mulut berkata. (Dah tua pun..anak ramai sekalipun akan tinggal berdua je..hehehe) Bagi aku kualiti itu penting dari kuantiti . Anak adalah amanah Allah . Kita yang menentukan dan mencorakkan masa depan anak. Ya..rezeki  ada pada setiap anak. Rezeki tak kan bergolek kalau banyak anak sekali pun. Kita kena berusaha. Yakinlah rezeki itu datangnya dalam pelbagai bentuk ,bukan hanya anak, rezeki kesihatan baik, hidup tenang,kaya raya dan macam-macam lagi.. Yang pastinya jawapan itu ada pada Yang Maha Esa. Kita hanya merancang.Dia yang menentuk...

Bila tiada internet?

Masih ingat tak lagi disaat Internet tidak wujud ?  Tiada facebook,blog,instagram ataupun social media lain Tiada Smartphone Tiada Tablet Tiada komputer Tiada gajet lain Kita mengisi masa lapang kita dengan cara lain untuk menghiburkan hati dengan permainan zaman kanak-kanak: Keting Ting Batu Seremban Baling selipar congkak Main pondok-pondok Main masak-masak Galah panjang Main bola rounders rebut tiang layang-layang main guli zero point gasing tudung botol pepsi cola dan macam-macam permainan  lagi  Kita dapat bermain dengan gembira dan seronok.Memang tersangat nostalgia dapat bermain dengan kawan-kawan setiap hari. Tersangat jauh bezanya dengan kanak-kanak hari ini yang membesar dalam persekitaran moden dan kepesatan teknologi. Ruginya... Keting ting 

Sedapnya Lamb Chop

Assalamualaikum.. Ini adalah rentetan daripada entry  kambing oh kambing . Teringin pula nak buat lamb chop buatan sendiri.  Semalam selepas balik kerja aku ajak papa aina anis ke Aeon One Utama mencari bahan basah nak buat lamb chop.. Mula-mula nak cari yang daging kambing yang belum diperap. Tapi dah tergoda dengan daging yang sudah diperap, apalagi bermulalah operasi memilih daging..Syoknya memilih sampai tak sedar lebih dari 1 Kg. Sampai di rumah aina dan anis dah bertanya Mama nak masak apa malam ni? Daging kambinglah kataku Bersoraklah mereka berdua Memasak tak ambil masa yang lama pun.Tak sampai 1 jam.Lagipun sos pun bukan buat sendiri.Beli je.. Mudah dan ringkas. Inilah hasilnya..Janji puas hati dan diorang gembira.Anis requested nak lagi malam ni..Sedap katanya.. Dinner malam semalam -Tamat-

Peraduan Dutch Lady 'Kalau Mak Menang'

Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah tunai yang berjumlah RM3.6 juta dalam Peraduan Dutch Lady 'Kalau Mak Menang' Untuk memenangi hadiah wang tunai ini, kita hanya perlu pergi ke pasar raya besar,pasar raya atau mana-mana outlet runcit berhampiran. Beli pek susu untuk membesar Dutch Lady 1kg.Pemenang yang bertuah yang menjumpai logo istimewa di dalam pek layak menerima hadiah tunai bernilai RM300 setiap seorang.Lebih dari 12,000 pek susu dengan logo istimewa boleh didapati di kedai-kedai berhampiran bermula 12 September 2014. Mudah ye..hanya beli pek susu Dutch lady 1 Kg, kemudian: 1. Buka dan tuang susu kedalam bekas 2. Cari - Kalau jumpa logo dalam pek 3. Hantar penyertaan  Cara nak tuntut hadiah penembusan, lampirkan: 1. Salinan Kad pengenalan 2. Pek kosong asal susu Dutch Lady 1 Kg dengan logo kemenangan sebagai bukti pembelian 3. Borang penyertaan Hantarkan ke: 26-2 Jalan USJ 9/5P Subang Business Centre 47620 Subang Jaya,Sel...

CPUV Nuffnang: SME Micro Finance

Alhamdulillah rezeki Aidil Adha..CPUV yang masuk hari ini. Kempen dari Maybank untuk pembiayaan Mikro PKS atau SME Micro Finance. Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini, dijemput klik iklan ni ye..Banyak maklumat yang boleh diperolehi nanti. Terima kasih.