Skip to main content

Posts

Jangan terpedaya sindiket anak angkat

Assalamualaikum.. Macam-macam sekarang orang nak cari duit dengan mudah..sanggup memperdayakan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak untuk mendapatkan duit..Semalam heboh di group whatsapp azlea mesej mengenai pasangan kembar untuk diambil sebagai anak angkat dan pasangan kembar tidak boleh dipisahkan..Betul ke?..mudahnya nak bagi anak pada orang lain.. Ini mesejnya... Ini petikan  di Kosmo bertarikh semalam (Rabu)-14 Mei 2014 "Guru Kempunan anak angkat"  Sepasang suami isteri yang terdesak untuk memiliki anak sendiri selepas sembilan tahun berkahwin nyaris terpedaya dengan tawaran satu sendikit yang kononnya menguruskan pengambilan anak angkat. Maklumat  PDRM :- Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat.  Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru  sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah.  Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat ...

Degilnya!!!

Makanan organik

Pernah ke Justlife Shop tak?Kedai yang menjual produk organik. Semalam azlea dan husband ke Justlife Shop di IPC, Damansara. Konon saje je nak masuk tengok makanan organik apa yang dijual.   Inilah hasil belian semalam, Plain Flour,Onion Brown,New Zealand Spinach dan Tomato Cherry.Jumlah kesemuanya RM20.65.  Orang kata makanan organik mahal.Namun kebaikannya untuk kesihatan kita jangka panjang. Kelebihan makanan organik: Lebih segar,enak dan tidak cepat busuk Sayuran organik lebih manis dan sedap. Ini disebabkan kandungan air dalam sayur tidak terlalu banyak.Selain itu, kandungan air yang sedikit dibandingkan dengan sayuran bukan organik membuatkan sayur organik lebih tahan lama. Kandungan gizi yang tinggi Sayuran organik mengandungi gizi yang tinggi dan berkhasiat seperti kandungan mineral dibandingkan sayuran bukan organik. Lebih sihat,selamat dan berkualiti Makanan organik adalah makanan segar tanpa bahan kimia dan penggunaan racun serang...

CPUV Nuffnang:McDonald's Hello Kitty Circus

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah syukur, hari ini pihak nuffnang berbesar hati memberikan CPUV kepada blog ini. Rasa sangat hepi,excited dan bersemangat lagi untuk berblogging.. Terima kasih Nuffnang.. Kempen CPUV datangnya dari McDonald's Hello Kitty.Jemputlah rakan-rakan pembaca semua menderma tabungku kalau sudi..hehehe.. Sesiapa yang peminat tegar Hello Kitty boleh dapatkan  koleksi Hello Kitty  Circus  di MacDonald's dan stok terhad ye..Hanya RM10.95 setiap pembelian.. Nak tahu lebih lanjut klik ni  McDonald's Hello Kitty  .

Sejoli:Misi Cantas Cinta..

Assalamualaikum.. Akhirnya dapat juga aku dan suami menonton Filem Sejoli arahan Osman Ali yang dilakonkan oleh pelakon Maya Karin,Remy Ishak,Bront Palarae,Izara Aishah,Dira  Abu Zahar,Azad Jasmin dan ramai lagi malam semalam.Itupun pastikan aina dan anis tidur dulu..Filem ini bagi aku memang menghiburkan..kalau nak lepas kan tension..boleh lah tonton filem komedi cinta sebegini..Filem ringan dan menghiburkan.. Sinopsis Filem Sejoli:- Filem ini mengisahkan Joe dan Gina ke Phuket,Thailand untuk menenangkan fikiran apabila mereka kecewa ditinggalkan oleh pasangan masing-masing.Di sanalah secara kebetulan mereka telah bertembung dan terjalinlah persahabatan antara mereka berdua. Joe telah menggelar Gina 'Katak Rempit' dan Gina menggelar Joe Mamat Kura-Kura.. Mereka bersepakat untuk menghancurkan perkahwinan Hardy dan Nita sebagai jalan untuk mendapatkan semula pasangan masing-masing.. 'Kita Sabo (Sabotaj) je diorang... Sampai di KL, mereka berdua telah ...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas hari ini.. Image google Rasullullah S.A.W bersabda :"Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat sombong dan takabbur (Hadis riwayat Baihaqi) Marilah kita berlumba-lumba memulakan memberi salam agar terhakis sifat yang negatif seperti riak dan takabbur.  Semoga Allah memberkati usaha kita..

Oly Lukis wajah karikatur

Inilah gambar lukisan karikatur yang dilukis oleh  olylukis  ketika kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 semalam di PWTC.Puas hati dengan hasil lukisan oly.Pertama kali wajah kami dilukis dalam karikatur hitam putih.. Comel aina dan anis..hehehe(puji anak sendiri)..yang paling over, siapa lagi ai lah..papa aina anis..nampak muka sedih, sebab selsema semalam.. Mr Oly lukis memang cepat..hanya melihat wajah kami, dia boleh menyiapkan lukisan tak sampai 10 minit..Hebat kan... Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC, memang seronok..beli buku dapat buku percuma.. aina paling seronok dapat memilih sendiri buku yang ingin dibelinya..Kalau ikut kan hati nak tunggu sampai malam..tapi tak boleh, dah nak petang pengunjung makin ramai dan bersesak. Kami pergi waktu pagi, selesa sikit berjalan dari satu gerai ke gerai lain.. Antara buku yang dibeli.. Kita tunggu tahun depan pula ye..nak borong buku..