Skip to main content

Posts

Terima kasih kawan

Assalamualaikum.. Alhamdulillah aina dah sembuh daripada demam  ..minggu depan aina akan bersekolah macam biasa..itupun dah siap-siap pesan nak bawa bekal (bento) mee goreng, buah kiwi dan strawbery...alahai sayang..mama akan buat.. Terharu bila aina menunjukkan hadiah yang diberikan oleh kawannya auni.Katanya auni doakan kakak cepat sembuh..rindulah auni tu..tak dengar aina menjerit dalam kelas..hehehe (diam..jangan bising!!)..Terima kasih buat auni, azra dan lain-lain ye..(hadiah buku cerita, pen,note.. lupa nak snap). Buat kawan-kawan alam mayaku dan yang mengenaliku, terima kasih kerana mendoakan aina cepat sembuh..Semoga ukhuwah kita terus kekal.. Terima lah sejambak bunga ros untuk kalian semua..

Doa hilangkan sifat malas

Assalamualaikum dan salam jumaat.. Untuk menghilangkan rasa malas ,amalkan  doa ini agar rasa malas boleh diusir.Bacalah doa ini setiap kali selepas solat. Terjemahan: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan dukacita, lemah dan malas, pengecut dan kikir dan terlibat dengan hutang serta dikuasai oleh musuh." (Riwayat a-Bukhari). Lawanlah nafsu syaitan Malas itu ibarat satu virus.Sebelum ia merebak dan membarah, sediakan first aid untuk mencegahnya. Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan yang melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada  malas beribadat ataupun memikul tanggung jawab yang diamanahkan. Mulai hari ini, campak alasan jauh-jauh.Motivasilah diri sendiri bahawa kita perlu rajin.Selesaikan satu tugas dan uruskan yang lain pula.  Carilah Ilmu Carilah ilmu dan timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan ilmu seseorang itu akan rajin dan cergas. Allah berfirman:"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar ...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Date : 24 April - 4 Mei 2014 Venue : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Teruja sangat!Dua (2) minggu lagi  PBAKL akan bermula..dalam kepala ni macam-macam buku nak beli untuk aina dan anis.. Almaklumlah diskaun.. Peminat novel pula, masa ni lah kita boleh berjumpa dengan penulis novel kegemaran  dan dapatkan autograph..Bukan senang nak jumpa. Jom ramai-ramai ke sana mencari buku/novel idaman anda semua :)

Family Photos

Idea to display Family Photos

Reaksi anak makan lemon

Meh lihat reaksi anak-anak kecil apabila diberi peluang merasai lemon. Macam-macam reaksi tak tahulah sama ada diorang ni suka atau pun tidak.. Sedapnya.. Buah apa ni? Tak sedap langsung.. Nak makan ke tak ni.. Masamnya... Saya suka..saya suka Sumber photo:  http://moms.popsugar.com/Babies-Eating-Lemons-Video-34532107

AINA 3 HARI DI WAD

Assalamualaikum semua... 3 hari tak menjenguk blog, 3 hari tak membalas kunjungan dan blogwalking dan 3 hari jugalah aina dimasukkan wad di hospital serdang bermula jumaat yang lepas.  Aina dimasukkan ke wad kanak-kanak petang jumaat lepas selepas 3 hari demamnya tak surut.Selepas mengambil darah dan pemeriksaan x-ray didapati aina mendapat penyakit tonsillopharyngitis  malah lidahnya juga terdapat ulser.  Mama mana tak sedih bila aina mengadu lidahnya sakit dan dia tak ada selera sangat nak makan. Nak menelan pun susah.Makan bubur yang dibuat oleh pihak hospital pun tak nak. Cepat-cepat papanya membeli aiskrim berperisa vanila, takut nanti perut aina kosong. Kesian  sangat tengok aina terpaksa dimasukkan air ke dalam badannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap tinggi dan normal. Dua hari aina disuntik antibiotik untuk membunuh kuman di dalam badannya. Air kencing diukur dan air putih yang diminum juga diukur.Ya Allah, ujian untuk kami seke...

Bento cantik ..

Tertarik pula hiasan pada bento yang disediakan untuk anak-anak ke sekolah..penuh dengan warna-warni..Bento? Kalau sesiapa yang masih tak tahu..bento adalah istilah bahasa Jepun dan hidangan adalah seperti nasi, sushi,shashimi,tempura dan sebagainya. Di Malaysia, budaya membawa bekal sudah lama dipraktikkan zaman nenek moyang kita lagi. Tetapi di Jepun ianya disediakan dengan cara yang menarik, kreatif dan berkhasiat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah, malah turut disediakan bagi golongan perkerja.Kini Bento menjadi tidak asing di kalangan ibu-ibu di Malaysia.. Ini dia Bento .. Bento-Nasi Bento-Pasta Tip penyediaan Bento:- Gabungkan pelbagai warna untuk menarik minat anak  Guna penerap biskut untuk membentuk buah-buah dan sayur-sayuran  Potong makanan kecil-kecil supaya nampak comel Boleh juga disusun dalam bentuk  kartun, buah,haiwan dan lain-lain Makanan disusun padat dan kemas supaya ia tidak bergerak Nasi boleh dibentuk me...