Skip to main content

Posts

Yang mana satu?

List dari Aina

Cerita semalam yang tak sempat dikongsi.Aina telah menyenaraikan barang yang ingin dibelinya. Semua barang ini untuk keperluan di rumah opah dan tok dad nanti. Ada 6 barang yang nak dibelinya dan dia nak pilih sendiri barang tersebut.Apalagi beli di Econsave lah.Dalam list tu, list anis pun ada (coklat).Kuat sangat makan coklat anis ni. Senarai barang dari Aina.. Biskut Lexus mesti ada.. Coklat Cadbury.. Jumlah harga semua barang termasuk barang basah RM50.20. Jumpa kawan yang berkerja di Jabatan Agama Islam.Ada goodies dari mereka.Terima kasih.. ~Azlea~

Basikal dah cantik...

Petang tadi kami hantar basikal lama anis ke kedai basikal.Tanya tuan kedai basikal boleh baiki tak?Boleh katanya.Usia basikal ni pun dah 5 tahun.Beli pun masa umur aina 2 tahun. Harga masa tu RM70.00..murah sangat.Sekarang mana dapat lagi basikal harga RM70.00.Paling murah pun RM95.00.Mesti opah dan tok dad terkejut basikal dah cantik dan boleh digunakan lagi.. Inilah basikal kecil anis Berpeluh abang tu..operate basikal anis Tukar tayar depan pula dan seat Dah siap pun.. Senyum lebar dari anis.Basikal kecil dah cantik..Lepas ni mama simpan kat muziumlah anis ye.. ~Azlea~

Dubuk

Aina Kumpul Medal

Balik dari kerja khamis lepas, Aina dengan bangganya menunjukkan medal ke 2 nya.Medal pertama ,Aina memenangi tempat ke 3 dalam acara bola jaring peringkat kebangsaan 2013.Medal ke 2 ,Aina menang tempat ke 5 dalam larian kejohanan merentas desa 2014, tahun 1 pada hari khamis yang lepas..Wah hebatnya aina..walaupun tempat ke 5, kami tetap berbangga..Selepas ini, setiap tahun bolehlah aina kumpul medal..Dulu masa zaman azlea sekolah rendah, mana ada hadiah medal, kalau kejohanan atau acara sukan mesti pihak sekolah akan hadiah pinggan mangkuk kaca..hihihi..yang penting semangat kesukanan mesti ada. Ok..short entry..minggu ni memang banyak sangat kerja..semalam dan hari ini, kerja.Esok dan selasa..yeaaa cuti... ~Azlea~

Annual Dinner and Weekend Outing (BGRC)

Hari ni baru dapat update blog dan jengah blog rakan-rakan yang lain. Ye lah, habis je balik dari Gambang ahad lepas, esoknya dah masuk kerja dan seharian busy meguruskan pendaftaran pelajar baru..fuh..penat..tak nak cerita pasal kerja..hanya kongsikan sepanjang berada di Bukit Gambang Resort City (BGRC).. 17/1/2014 (Jumaat) Azlea telah dijemput untuk menghadiri Sentoria Annual Dinner and Weekend Outing di BGRC selama 3D 2N (17-19/1/2014) untuk menghargai staf Sentoria Group Berhad.Pakej ini ditaja oleh Sentoria..Wow..best kan..boleh bawa ahli family lain..Kami sampai lewat juga di BGRC..check in jam 3.00pm..dan menginap di Arabian Bay Resort..memang dah pilih Family Suite (Bilik 2, katil 4). Breakfast untuk 2 hari, Water Park,Safari Park dan Outdoor Riders Arabian-Family Suite  Apalagi pantang nampak kolam..mandilah..macamlah tak pernah jumpa air.. Boleh buat istana pasirlah anis.. Kesejukan..berendam lama dalam air.. 18/1/2014 (Sab...

~Annual Dinner di BGRC ~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..company azlea akan mengadakan annual dinner di bukit Gambang Resort pada hari sabtu ni. Kebetulan hari ini public holiday..Company berbesar hati memberikan kebenaran kepada kami semua check in lebih awal, jadinya 3 hari 2 mlm lah di sana. .Tahun sebelumnya, 2 hari 1 malam je. Penginapan ditanggung oleh company kecuali perbelanjaan lain dan makan di water park, safari night dan aktiviti lain di tanggung sendiri..Tak dapat nak cerita lebih lanjut lagi tentang annual dinner dan company sebab pagi ni kami sekeluarga akan bertolak ke Gambang...Semoga Allah permudahkan perjalanan dan keselamatan kami ke sana.. ~Azlea~