Skip to main content

Posts

Kepentingan pengambilan suplemen kepada tubuh badan

Perlukah kita ambil suplemen? Mesti ada yang akan jawab.YA atau TIDAK.dan mesti yang akan tanya Kenapa kita perlu ambil suplemen?Tak cukupkah makanan yang kita ambil? Mari kita baca Kenapa Kita perlu ambil suplemen? 1.  Sebab kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar. Kesan daripada pencemaran udara akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindakbalas manusia .Sehinggalah menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. 2.  Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif seperti Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan. 3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas Penggunaan racun perosak, racun serangga  akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggu...

Kepentingan Vitamin dan Suplemen

Jenis-Jenis Vitamin dan Fungsi ________________________________________________________________________________ Sumber : Wikipedia Vitamin  maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien . Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Mari kita lihat Jenis-jenis vitamin dan fungsinya. Jenis vitamin Fungsi Larut dalam lemak : Vitamin A Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kals...

Sedapnya Air masak

Minum air masak amat digalakkan sekiranya anda mahu kekal muda remaja.Walaupun tidak punya rasa manis seperti sirap,namun ia amat baik untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah serta melindungi tubuh dari penyakit kulit. Sekurang-kurangnya minumlah minimum dua liter air setiap hari.Pengambilan air masak akan membuang segala toksin dalam badan dan membuatkan tubuh lebih bermaya. Kurang pengambilan air masak akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi yang menyebabkan tubuh lemah dan kulit serta bibir kering.

Tip penjagaan jantung sihat

Jantung adalah otot yang paling kuat bekerja dalam badan.Setiap hari jantung akan berdenyut 100,000 denyutan dan mengepam 7,570 liter darah setiap hati. Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti pemakanan yang sihat,mengambil suplemen yang berkualiti,bersenam secara teratur,menjauhi rokok dan alkohol dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pemakanan yang sihat Elakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi, dan makanan yang bersantan dan mengandungi kolestrol termasuk telur,hati dan sebagainya.Digalakkan makanan secara kukus dan panggang dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak,timun dan kubis serta sayur berdaun hijau dan buah-buahan. Mengekalkan berat badan yang ideal Kegemukan akan menyebabkan penyakit darah tinggi,kencing manis,paras lemak yang tinggi dan sebag...

Najwa Latif- Adamu (Piano Instrumental)

Sijil Halal Shaklee