Skip to main content

Posts

Sedapnya Air masak

Minum air masak amat digalakkan sekiranya anda mahu kekal muda remaja.Walaupun tidak punya rasa manis seperti sirap,namun ia amat baik untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah serta melindungi tubuh dari penyakit kulit. Sekurang-kurangnya minumlah minimum dua liter air setiap hari.Pengambilan air masak akan membuang segala toksin dalam badan dan membuatkan tubuh lebih bermaya. Kurang pengambilan air masak akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi yang menyebabkan tubuh lemah dan kulit serta bibir kering.

Tip penjagaan jantung sihat

Jantung adalah otot yang paling kuat bekerja dalam badan.Setiap hari jantung akan berdenyut 100,000 denyutan dan mengepam 7,570 liter darah setiap hati. Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti pemakanan yang sihat,mengambil suplemen yang berkualiti,bersenam secara teratur,menjauhi rokok dan alkohol dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pemakanan yang sihat Elakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi, dan makanan yang bersantan dan mengandungi kolestrol termasuk telur,hati dan sebagainya.Digalakkan makanan secara kukus dan panggang dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak,timun dan kubis serta sayur berdaun hijau dan buah-buahan. Mengekalkan berat badan yang ideal Kegemukan akan menyebabkan penyakit darah tinggi,kencing manis,paras lemak yang tinggi dan sebag...

Najwa Latif- Adamu (Piano Instrumental)

Sijil Halal Shaklee