Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

LAUK BERBUKA PUASA

Salam Ramadhan 5.. Setelah sekian lama blog chenachenis 2 bulan bersawang, so barulah timbul kerajinan yang membuak-buak untuk update blog. Itu pun lihat lah tahap kerajinannya. Hari ini dah masuk Ramadhan 5. Ada yang sudah masak untuk berbuka hari ini. Bagi yang berkerja mesti pening nak fikir menu hari ini. Alhamdulillah rezeki akak dan family seperti biasa dari Ramadhan 1, 2 dan 4 kami berbuka puasa di rumah mak dan abah. Seronok dan nikmat bila kita dapat berbuka bersama orang tua. Day 1 Ini lauk-pauk berbuka  Ramadhan 1 Menu akak Ramadhan 1, Ikan Cencaru Sumbat inti kelapa. Lauk-pauk yang lain seperti gulai pucuk paku,sambal ikan tamban dan ikan selar, kakak sulung yang masak. Masa nak memilih ikan cencaru ternampaklah kerang bersaiz besar. Tanyalah harganya sekilo berapa. Harga kerang sekilo RM11.00. Perghh.. mahalnya..tak jadilah beli. So belilah ikan cencaru 10 ekor. Itupun tak masak semua. Masak dalam 7 ekor untuk makan 10 orang. Planning nak masak

4 tahun tak jumpa..Akhirnya

Salam Ramadhan 5. Alhamdulillah syukur..Terima kasih Allah. Temukan orang yang ikhlas dan berniat baik dengan ku. Ya..bila kita sentiasa baik hati dan berhati ikhlas kepada sesiapa sahaja pasti Allah akan temui juga orang yang baik hati dan ikhlas juga kepada kita. 4 tahun tidak bertemu dengan kawan yang pernah menjadi rakan kerja di tempat yang sama dan pada 26 Mei 2017, Jumaat kami bertemu di Black Canyon. Banyak yang kami bualkan. Walaupun singkat tapi sungguh bermakna bagiku. Terima kasih Siti atas nasihat dan aura positifmu. Walaupun kita dah lama sangat tak berjumpa hanya melalui sosial media dan telefon namun keakraban kita tetap terjalin. Terima kasih mendoakan kebahagian dan kejayaan Kak Nur di masa hadapan. begitu juga moga Siti terus cemerlang dalam kerjaya, murah rezeki dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Ikhlas dari Kak Nur

MINGGU TERAKHIR KU DI SINI

Satu keputusan yang bukan mudah untuk aku buat. Akhirnya pada 10 April 2017 jam 11.00 pagi aku telah menyerahkan surat perletakan jawatan  kepada pengurusan. Alhamdulillah..Perasaan? Sudah tentulah gembira, lega dan nak melompat bintang. Rezeki aku sampai di sini sahaja setelah 10 tahun. Opps.. bukan 10 tahun  tau, 16 tahun. 6 tahun di tempat kerja yang lain. Perancangan Allah itu cantik. Minggu ini adalah minggu terakhir dan minggu pertama di bulan puasa. Oleh itu bermula 6.6.2017 aku telah bertukar kerjaya kepada Housewife sebelum aku memulakan perancangan lain. Apa dia tunggu!!! InsyaAllah bila kita yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Allah, pasti ada rezeki untuk kita.