Skip to main content

Posts

Wanita Terbahagia-Bunga Cinta Lestari

Wanita Terbahagia - Bunga Cinta Lestari Jujur ku mengakui Pantas ku beri  Seribu pujian buat kamu Jauh di dalam hati  Selalu ku rasa Bersyukur aku mengenalmu Kerna cinta dari kamu Jadikan aku Wanita terbahagia di dunia Bersama kamu Ku jadi tahu Artinya waktu lebih berharga Dari harta di dunia  Bersama kamu Ku rasa jauh Lebih mengerti arti cinta  Tanpa harus mengucapkan cinta Kamu ku yakin tahu Ku yakin sama Tujuanmu dengan tujuanku

Selamat Hari Lahir Aina

Hari ini 27.2.2015 genap 8 tahun umur Aina.Selamat hari lahir sayangku Aina. Mama bangga dan bertuah memilikimu sayang.Cepat sangat masa berlalu.Anak mama semakin dewasa,bijak dan cantik di mata mama dan papa.  Memilikimu adalah satu anugerah bagi kami berdua. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Doa mama moga Aina menjadi anak yang solehah,cemerlang di dunia dan akhirat,diberkati, dirahmati,dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikuniakan kecergasan akal dan kesucian hati. Anak yang taat perintahNya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat. ~Mama love you sayang~

Resepi Nugget Ayam yang mudah

Gigih betul malam semalam AB membuat nugget ayam untuk bekalan sekolah aina dan anis hari ini. Nugget ayam kesukaan mereka. Puas hati  dan seronok dapat buat sendiri.Aina dan Anis pun teruja pagi tadi AB buatkan nugget ayam khas untuk mereka berdua. Inilah rupanya nugget ayam yang memang mudah dan ringkas.  Bahan-Bahan: isi ayam (400gm) 4 sudu besar mayonis Sedikit garam 1 sudu kecil lada sulah 2 sudu besar tepung gandum Serbuk roti Sebiji telur Cara-caranya: Blend atau kisar isi ayam sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti. Gaul sampai sebati. bentukkan mengikut citarasa masing-masing. Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng. Inilah hasilnya selepas di goreng. 

CPUV Nuffnang:Mi Sedaap Kristal Digital

Bulan ini sahaja sudah dua kempen jenama Mi bertandang di blog  chenachenis . Maggi Kari-Curry Festival dan yang terbaru  Mi Sedaap Krispi Digital. Terima kasih Nuffnang . Terima kasih penaja. Terima kasih pembaca.

Court Badminton kami yang punya

Inilah aktiviti kami anak beranak beberapa minggu yang lepas. Yesss dapat main badminton di dewan. Aktiviti riadah mengeluarkan peluh.Kalau tak pun kami berjogging di taman permainan ataupun berbasikal dengan aina dan anis. Memang nekad tahun ini kami berdua ingin jadikan aktiviti badminton sebagai aktiviti riadah yang wajib. Dapat seminggu sekali pun jadilah. kalau dapat tiap-tiap hari lagi bagus..hehehe.. Seronok sangat main badminton dengan anak-anak ni. Bayangkanlah bermain bersama anak-anak kecil, memang kecoh terutama tengok gelagat anis pukul  bola tangkis. Sebelum ini, kami bermain badminton di halaman rumah opah dan tok dad aina dan anis. Ini sebagai permulaan. Renggangkan otot-otot yang dah ketat. Selepas bermain, memang sakit seluruh badan. Sekarang alhamdulillah, rasa sakit pun sudah tiada..main badminton pun dah seronok.Badan rasa ringan, sihat,bermotivasi, fikiran yang lapang dan rasa gembira. Entri lepas AB ada ceritakan berkenaan kami tak dapat bermain b...

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Buku! Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally ( ihikkss ), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah. Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman Syarat-syaratnya : Follow blog Sally , Add To Circle Google+ Sally , Follow Twitter Sally , dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman . Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark) ... Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)...

CPUV Nuffnang: Samsung Galaxy A Launch

Baiknya Nuffnang.Kempen kali ini  dari Samsung Galaxy A Launch. Kepada yang meminati jenama samsung boleh dapatkan Samsung Galaxy yang memberi kepuasan dengan berselfie. Terima kasih sudi singgah blog ini.