Skip to main content

Posts

Sedapnya Lamb Chop

Assalamualaikum.. Ini adalah rentetan daripada entry  kambing oh kambing . Teringin pula nak buat lamb chop buatan sendiri.  Semalam selepas balik kerja aku ajak papa aina anis ke Aeon One Utama mencari bahan basah nak buat lamb chop.. Mula-mula nak cari yang daging kambing yang belum diperap. Tapi dah tergoda dengan daging yang sudah diperap, apalagi bermulalah operasi memilih daging..Syoknya memilih sampai tak sedar lebih dari 1 Kg. Sampai di rumah aina dan anis dah bertanya Mama nak masak apa malam ni? Daging kambinglah kataku Bersoraklah mereka berdua Memasak tak ambil masa yang lama pun.Tak sampai 1 jam.Lagipun sos pun bukan buat sendiri.Beli je.. Mudah dan ringkas. Inilah hasilnya..Janji puas hati dan diorang gembira.Anis requested nak lagi malam ni..Sedap katanya.. Dinner malam semalam -Tamat-

Peraduan Dutch Lady 'Kalau Mak Menang'

Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah tunai yang berjumlah RM3.6 juta dalam Peraduan Dutch Lady 'Kalau Mak Menang' Untuk memenangi hadiah wang tunai ini, kita hanya perlu pergi ke pasar raya besar,pasar raya atau mana-mana outlet runcit berhampiran. Beli pek susu untuk membesar Dutch Lady 1kg.Pemenang yang bertuah yang menjumpai logo istimewa di dalam pek layak menerima hadiah tunai bernilai RM300 setiap seorang.Lebih dari 12,000 pek susu dengan logo istimewa boleh didapati di kedai-kedai berhampiran bermula 12 September 2014. Mudah ye..hanya beli pek susu Dutch lady 1 Kg, kemudian: 1. Buka dan tuang susu kedalam bekas 2. Cari - Kalau jumpa logo dalam pek 3. Hantar penyertaan  Cara nak tuntut hadiah penembusan, lampirkan: 1. Salinan Kad pengenalan 2. Pek kosong asal susu Dutch Lady 1 Kg dengan logo kemenangan sebagai bukti pembelian 3. Borang penyertaan Hantarkan ke: 26-2 Jalan USJ 9/5P Subang Business Centre 47620 Subang Jaya,Sel...

CPUV Nuffnang: SME Micro Finance

Alhamdulillah rezeki Aidil Adha..CPUV yang masuk hari ini. Kempen dari Maybank untuk pembiayaan Mikro PKS atau SME Micro Finance. Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini, dijemput klik iklan ni ye..Banyak maklumat yang boleh diperolehi nanti. Terima kasih.

Kambing oh kambing...

Dulu aku tak makan daging kambing . Bila dengar je pasal daging kambing..pantas aku jawab..eiii tak nak lah..nanti panas badan,tak sedap, ada bau kataku..Ye ke?Padahal aku tak pernah pun makan daging kambing.. Bila dah makan sekali sebab papa budak berdua ni memang penggemar daging kambing , belikan daging kambing yang dah diperap dan untuk dimasak, Wow!! sedaplah.Tu lah siapa kata daging kambing tak sedap..bohonglah..Ruginya..Jual mahal lagi kan. Sekarang ni dengan aku sekali, aina dan anis suka sangat daging kambing.Kalau nak makan lamb chop tak boleh share lagi dengan budak berdua.Mesti order kan untuk aina dan anis..Ataupun beli daging kambing yang dah siap diperap, goreng ataupun panggang.. Banyak khasiat daging kambing sebenarnya. Lupakan je lah tanggapan negatif yang mengatakan daging kambing penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi..No no no.. Kalau nak tahu daging kambing merupakan salah satu makanan sunah kegemaran Rasulullah S.A.W.. dan daging kambing mer...

Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum.. Join : Klik Banner di atas  Give Away ini akan berlangsung selama sebulan bermula 1-31 Oktober. Nak lihat senarai hadiah untuk 153 orang pemenang klik  Senarai Hadiah . Banyak tu..

Salam Aidil Adha 1435H

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf terkasar bahasa dan kata kepada semua rakan blogger yang sudi menjalin persahabatan di alam maya ini.  Kepada mereka yang melakukan ibadah Qurban tahun ini, semoga ibadah kita diterima oleh Allah.  Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1435H 2014 .Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan dan bersamalah kita menyelami erti pengorbanan yang sebenar.

My Mesra September 2014

Assalamualaikum.. Terima kasih diucapkan kepada sahabat sekalian yang tak jemu-jemu memberi komen di setiap entri di blog ini. Komen-komen anda semua amat dihargai.  Di bawah ini disenaraikan 10 sahabat blogger yang rajin meninggalkan komen. Silalah jemput melawat sahabat-sahabat ini:- 1. Khir Khalid www.khirkhalid.com 2. Cikgu Norazimah www.cekgunorazimah.com 3.Khai Rin : anies   aniesandyou.blogspot.com 4. Ismi Ana annaputri20.blogspot.com 5. Budak rainfallasleep.blogspot.com 6. Belog Santai myblogsantai.blogspot.com 7. Mrs Secretary farahwahyda.blogspot.com 8. Bin Muhammad relakssminda.blogspot.com 9. Sylarius Yusof anakaskarpencen.com/blog/ 10. mamaniza www.mamaniza.com Kepada sahabat semua "Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat bercuti. Semoga kebahagian dan keceriaan menjadi milik anda semua.