Skip to main content

Posts

Setkan minda positif

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Hari ini Setkan minda kita dengan perkara yang positif,bercakap yang positif,fikir positif,melihat positif.Jauhkan diri daripada melihat perkara yang negatif dan jangan biarkan diri kita dikuasai oleh sikap yang negatif tanpa disedari. Bila kita setkan minda dengan positif, insyaAllah walaupun perkara yang tidak baik berlaku hari ini, kita akan menghadapinya dengan sabar dan berlapang dada. Elakkan diri daripada rasa tidak puas hati, mencemuh orang dan elakkan marah.Marah itu emosi negatif.Jangan asyik nampak kesalahan dan keburukan orang lain.Tapi kesalahan sendiri tidak diperbetulkan. Kita yang setkan minda kita positif atau negatif.Jangan biarkan negatif bersarang di minda kita dengan cerita-cerita negatif dan tidak bermanfaat. Kita kena cepat-cepat tukar mode kepada positif. Oleh itu pancarkan sel-sel positif di sekeliling kita, pasti  jiwa kita akan rasa tenang..

Awasi Hatimu

Aina study nak exam..

Assalamualaikum.. Baru hari ini dapat menjenguk blog chenachenis. Terpaksa melupakan blog seketika. Lagipun anis demam begitu juga dengan diriku dan aina yang akan mengambil peperiksaan pertengahan tahun untuk sekolah pagi dan petang minggu ini.  Bertungkus lumus aina dan aku ulang kaji subjek yang dipelajari. Semak semula kertas soalan lepas dan berpesan kepada aina supaya membaca arahan soalan dulu sebelum menjawab dan semak semula jawapan. Khusyuk.. Biaselah jawapan yang diberi..Ok mama...jangan yakin sangat..bila terlalu yakin soalan yang senang pun boleh salah..Alhamdulillah peperiksaan awal tahun aina antara 5 orang pelajar terbaik di kelasnya 1 Brilliant.Semoga aina mengekalkan prestasinya dan mendapat keputusan yang cemerlang.. p/s: rindu nak berjalan-jalan dan singgah menyinggah

Jangan terpedaya sindiket anak angkat

Assalamualaikum.. Macam-macam sekarang orang nak cari duit dengan mudah..sanggup memperdayakan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak untuk mendapatkan duit..Semalam heboh di group whatsapp azlea mesej mengenai pasangan kembar untuk diambil sebagai anak angkat dan pasangan kembar tidak boleh dipisahkan..Betul ke?..mudahnya nak bagi anak pada orang lain.. Ini mesejnya... Ini petikan  di Kosmo bertarikh semalam (Rabu)-14 Mei 2014 "Guru Kempunan anak angkat"  Sepasang suami isteri yang terdesak untuk memiliki anak sendiri selepas sembilan tahun berkahwin nyaris terpedaya dengan tawaran satu sendikit yang kononnya menguruskan pengambilan anak angkat. Maklumat  PDRM :- Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat.  Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru  sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah.  Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat ...

Degilnya!!!

Makanan organik

Pernah ke Justlife Shop tak?Kedai yang menjual produk organik. Semalam azlea dan husband ke Justlife Shop di IPC, Damansara. Konon saje je nak masuk tengok makanan organik apa yang dijual.   Inilah hasil belian semalam, Plain Flour,Onion Brown,New Zealand Spinach dan Tomato Cherry.Jumlah kesemuanya RM20.65.  Orang kata makanan organik mahal.Namun kebaikannya untuk kesihatan kita jangka panjang. Kelebihan makanan organik: Lebih segar,enak dan tidak cepat busuk Sayuran organik lebih manis dan sedap. Ini disebabkan kandungan air dalam sayur tidak terlalu banyak.Selain itu, kandungan air yang sedikit dibandingkan dengan sayuran bukan organik membuatkan sayur organik lebih tahan lama. Kandungan gizi yang tinggi Sayuran organik mengandungi gizi yang tinggi dan berkhasiat seperti kandungan mineral dibandingkan sayuran bukan organik. Lebih sihat,selamat dan berkualiti Makanan organik adalah makanan segar tanpa bahan kimia dan penggunaan racun serang...

CPUV Nuffnang:McDonald's Hello Kitty Circus

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah syukur, hari ini pihak nuffnang berbesar hati memberikan CPUV kepada blog ini. Rasa sangat hepi,excited dan bersemangat lagi untuk berblogging.. Terima kasih Nuffnang.. Kempen CPUV datangnya dari McDonald's Hello Kitty.Jemputlah rakan-rakan pembaca semua menderma tabungku kalau sudi..hehehe.. Sesiapa yang peminat tegar Hello Kitty boleh dapatkan  koleksi Hello Kitty  Circus  di MacDonald's dan stok terhad ye..Hanya RM10.95 setiap pembelian.. Nak tahu lebih lanjut klik ni  McDonald's Hello Kitty  .