Skip to main content

Dah habis mama...

Mesti ibu,mama,mummy dan seangkatan dengannya gembira bila anak kita puji masakan kita habis di makan kan..Maknanya mestilah sedap..

Sama juga cam aku, telefon aina dari office masa lunch before aina pergi sekolah petang.Tanya padanya macam mana jamuan raya di sekolah hari ni.Seronok atau tidak..Mestilah seronok katanya..dan yang best tu..nasi goreng dengan ayam goreng yang aku masak waktu pagi habis kawan makan katanya..
Nasi goreng dan ayam goreng

Tapi ada tapinya..Kakak tak dapat makan nasi goreng yang mama buat pagi tadi,katanya..Lah sedihnya..Katanya bila kakak nak makan nasi goreng mama dah habis,esok mama buat lagi ye..

Sedih dan terharu..tak ada rezeki aina..rezeki kawan-kawannya..

Comments

  1. Takpe sedekah kat kawan aina. Pasni sis kena masak lebih la untuk aina :)

    ReplyDelete
  2. Kesianlah... tak pelah. Anggap sedekah je lah... :)

    ReplyDelete
  3. aloloooo..xpee..boleh masak yg lain lgiii

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...

    macam mselim3 masa dulu... makan beramai2... seronok2 tu. Tapi masa dulu bila kekawan bawak nasi , mselim3 bawak air .. masuk dalam bekas minum ramai2..

    mselim3

    pls: makan ber'jemaah' nie seronok... tapi ada tak seronok gak...hehehe...

    ReplyDelete
  5. Alala..siannye Aina. Takpe, mama leh masakkan..hehe..tlg jawabkan.

    ReplyDelete
  6. mesti mamanya masak sedap ni :)

    ReplyDelete
  7. Nak marah pun, bebudak. Sedap sangat la tu kot sampai habis licin nasik gorengnya. hehe

    ReplyDelete
  8. Apabila apa yg dimasak habis dimakan dan dipuji pula kesedapannya... Ianya pasti beri nikmat & semangat utk memasak lagi. Sebab tu saya selalu puji masakan isteri...hehe

    ReplyDelete
  9. msti sdp sgt bab tu sampai licin hhee

    ReplyDelete
  10. Tingat za,an sek dulu..cm ni jg...org lain yg mkn

    ReplyDelete
  11. masakan paling sedap dlm dunia ni semestinya masakan ibu...hehe..

    ReplyDelete
  12. untung aina dapat mama pandai masak..=D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet