Skip to main content

Bila Televisyen Tiada Di Rumah..Apa Nak Buat?

Assalamualaikum pembaca semua..


Hampir 2 bulan juga televisyen di rumah AB rosak dan masih belum dibaiki lagi. Bila ditanya di kedai baiki elektrik kos yang dikenakan cecah RM700.00.Itu baru tanya sahaja. Berbaloikah? Lebih baik beli Televisyen baru.

Aktiviti Riadah
Sejak Televisyen rosak, banyak aktiviti riadah kami lakukan bersama. Tiada lagi rungutan daripada aina dan anis di hujung minggu "Bosanlah tiada TV, tak dapatlah tengok rancangan kartun hari ini". Oleh itu setiap petang di hujung minggu kami akan bermain badminton ataupun pergi ke taman permainan untuk beriadah. Kalau tidak, hujung minggu banyak dihabiskan menonton TV terutama rancangan kartun.

Tidur lagi awal
Sebelum ini AB akan pastikan mereka berdua masuk tidur sebelum jam 10.00 mlm. Sekarang mereka berdua akan masuk tidur lebih awal, paling awal 9.00 mlm selepas menyiapkan semua kerja-kerja sekolah dan mengemas buku. Bila keadaan ini berlaku, AB dapati aina dan anis lebih mudah bangun dan ceria di waktu pagi. Jawapan anis "Mama.. anis rasa seronok bangun pagi sekarang".

Laptop dan siaran radio
Memang laptop menjadi mangsa. Dengan laptop inilah kami menonton semula movie. Pun begitu..siaran radio juga jadi teman kami.

Alternatif kepada televisyen adalah internet
AB percaya zaman sekarang,ramai yang lebih memerlukan internet daripada Televisyen untuk mendapatkan informasi dengan lebih cepat. Buat masa sekarang AB akan menggunakan internet untuk menonton di Youtube ataupun di Tonton.Oleh itu kita tidak perlu terkejar-kejar untuk menonton dan mengikuti rancangan yang digemari.

Selama hampir 2 bulan tiada TV di rumah,hidup kami tidaklah tertekan langsung. Bukannya tiada plan langsung tak nak baiki Televisyen ataupun membeli yang baru..Tunggulah dulu..


Comments

  1. Mati akal kan bila kos repair tv semahal tu. Rasa macam tak berbaloi je..sebab tu baru estimated cost je..nanti tambah itu ini...rasanya bailk beli tv baru. Tapi on the bright side, tak de TV banyak lagi aktiviti berfaedah yang boleh dibuat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru tanya je farah..Belum lagi hantar terus ke kedai..

      Delete
  2. Sekarang kos betulkan tv mmg agak mahal berbanding beli baru.. sabar je lah.. layab blogging pun ok gak hehee. Anak2 pun boleh belajar dgn lebih tenang.. :)

    ReplyDelete
  3. drpd membaiki sbyk tu mmg patut kalu beli baru trs kan? x de tv ni kdg2 bgs jg...jimat sket bil letrik ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet