Skip to main content

Tergendala sekejap..

Sudah lah beberapa hari tak dapat nak blogwalking disebabkan internet memang very slow. Hari ini dapatlah  singgah ke blog kawan-kawan.

Tapi yang anis ni bila aku bukak PC je ..Mama anis nak tengok frozen dan upin-ipin..Hmmm...anis anis..pantang aku bukak PC lah..Tergendala nak berjalan-jalan..




Asyik-asyik frozen..nak dengar lagu je..

Comments

  1. Memang ramai peminat frozen ni... berhantu betul, alya pun sama..tiap2 malam tgok cerita frozen..

    ReplyDelete
  2. Kene download masuk tab ke, pastu sebelum bukak pc bagi dia tab. Takdelah rebut2 nak guna kan. Haha. Cadangkan je.

    ReplyDelete
  3. Let it go! Let it go! Hari-hari dok layan Frozen ni sampai boleh lekat lyric lagu dia dalam kepala mak ayah nya. Haha

    ReplyDelete
  4. hehe. tiap2 ari sy dgr anak buah sy melalak let it go kak. sabo jela.

    ReplyDelete
  5. Hehee.. budak2 mmg mcm tu kan.. pantang je buka pc atau lappy.. ade je.. :D

    ReplyDelete
  6. Hehehe.. jgn kata budak2.. Mak budak pun suka citer frozen nie..=D

    ReplyDelete
  7. Frozen ni memang jd kegilaan kanak2 masa ni! Lagu tu sampaikan mereka boleh hafal.

    ReplyDelete
  8. samalah ngn CN, dpt bw kalau irfan tidur jer, kalau dia jaga mmg laptop ni dia yang punya la..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet